Intan Najuwa Tetap Sama Macam Dulu Walaupun Bergelar Datin

Pelakon Datin Intan Najuwa berkata gelaran datin yang diterima selepas bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf tidak mengubah dirinya serta gaya penampilannya.

Menerusi temu bual bersama Media Hiburan, Intan berkata citarasanya dalam berfesyen tidak pernah berubah dan tidak terikut gaya hidup ala ‘datin-datin’.

BACA: Intan Najuwa Jadi ‘Harimau’ Lepas Kahwin

@mediahiburanofficial

#MHnews Walaupun sudah bergelar Datin, Intan Najuwa tetap menetapkan dirinya sama seperti dahulu. Tidak terikat dengan gaya hidup yang mewah tapi ‘humble’ Comel betul Datin kita seorang ini ya… #MediaHiburan #fyp #berandatiktok

? original sound – Media Hiburan – Media Hiburan

“Saya masih orang yang sama. Pakaian, fesyen dan sebagainya masih sama. Kita ikut peredaran masa dan fesyen itu sendiri.

“Saya juga sedikit terbuka mengenai fesyen. Memang saya suka fesyen tapi tak adalah nak jadi datin-datin ni. It’s just a title.

Fesyen tetap diri saya dan saya jadi diri sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Intan berkata meskipun sudah bergelar isteri namun dia masih keluar bekerja mencari pendapatan sendiri. Malah, suaminya turut memberikan sokongan dalam kariernya.

“Sekarang ini saya masih shooting drama 16 episod. Suami keluar bekerja, begitu juga saya.  Saya memang tak pernah stop kecuali benda-benda yang tak mengizinkan. Macam pregnant or anything.

“Tapi, buat masa ini selagi ada daya dan kemampuan, saya akan bekerja dan suami juga tidak pernah menghalang,” katanya.

×