Meskipun Puteri Sarah telah pun bercerai dengan Syamsul Yusof namun hubungannya dengan bekas mentua, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail masih baik serta sudah dianggap ibu bapanya sendiri.
Baru-baru ini, perkongsian Datin Patimah menjadi perhatian apabila memuat naik video dengan menitipkan doa buat Puteri Sarah.
BACA: Puteri Sarah Demam Panas, Badan Lemah Tak Boleh Berdiri
Datin Patimah mendoakan Puteri Sarah bertemu kebahagiaan bersama anak-anaknya serta mengatakan dia redha dengan pemergian bekas menantunya itu.
View this post on Instagram
“Anakanda Puteri Sarah Liyana (PSL) semoga menemui kebahagiaan abadi bersama anak-anak. Mama redha pemergianmu,” tulisnya.
Menerusi entri itu, Datin Patimah dilihat turut memuat naik gambar bersama cucu-cucunya termasuk Syaikhul dan Sumayyah.
Perkongsian Datin Patimah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan Puteri Sarah sangat bertuah dikurniakan ibu mentua yang penyayang serta melayan menantu seperti anak sendiri.
Sebelum ini, Datin Patimah dilihat ada memuat naik gambar Puteri Sarah serta kapsyen pedas ditujukan kepada individu yang menganggu menantunya itu.