Ameera Khan Dapat Hadiah Kereta BMW i7, Netizen Dedah Harga Lebih RM700,000

Nama Ameera Khan yang juga adik kepada selebriti popular, Neelofa tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air meskipun bukan bergelar selebriti.

Baru-baru ni, Ameera berkongsikan berita gembira apabila ibu bapanya menghadiahkan sebuah kereta sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-22.

BACA: Neelofa Akui Dah Nasihat Ameera Khan

Ameera berkongsikan perkara itu ketika sesi siaran langsung di TikTok apabila ada netizen yang bertanyakan mengenai kereta yang baru dibeli olehnya.

@neelofa_store

betuah LMK dpt hadiah kereta bmw i7 ? #fyp #neelofastore

? Every Second – Mina Okabe

“Tidak. Mama dan daddy yang belikan untuk saya,” katanya

Diruangan komen video dikongsikan semula di TikTok, ada netizen mendedahkan harga kereta tersebut dianggarkan RM700,000 sekaligus mengejutkan ramai.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan model kereta mewah jenama BMW i7 itu baru saja dilancarkan. Malah, ada yang mengatakan Ameera sangat bertuah kerana bukan saja memiliki wajah cantik malah kaya.

×