“Cakap Je Kau Stim Tang Farid Kamil” – Diva AA Sindir Diana Danielle?

Umum mengetahui, pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle telah pun kembali rujuk pada 31 Ogos lalu ketika masih dalam tempoh edah.

Rata-rata netizen tumpang gembira atas berita tersebut serta mendoakan rumah tangga pasangan itu kekala bahagia.

BACA: “Saya Bergantung Nyawa Dengan Farid”

Bagaimanapun, hangat diperkatakan mengenai ciapan dimuat naik pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali Diva AA di laman X yang didakwa menyindir pelakon Diana Danielle.

Menerusi ciapan itu, pengara itu berkata membazir masa naik turun mahkamah dan akhirnya rujuk semula.

Pengacara itu turut memuat naik paparan artikel ditulis oleh Rotikaya dengan tajuk “Saya Bergantung Nyawa Dengan Farid”

Menerusi artikel ditulis itu, dalam satu temu bual Diana mengakui bahawa dia banyak bergantung kepada suaminya. Malah, apabila suami tiada disisi dia akan berasa sangat sedih.

×