Sebelum ini bu kepada personaliti media sosial iaitu Ameera Khan meluahkan rasa kesal apabila ada pihak menuduh anak perempuannya terlibat dalam aktiviti tidak bermoral berkaitan judi.
Memetik Astro Gempak, Datin Noor Kartini berkata dia bersuara mengenai tuduhan tersebut kerana ianya disifatkan sangat keterlaluan. Namun, dia memadam posting berkenaan kerana enggan memanjang isu berkenaan.
BACA: Ibu Ameera Khan Kesal Anak Dituduh Terlibat Aktiviti Judi
“Orang kena faham, tempat event dan tempat perjudian berbeza. Kadang-kadang saya geram sebab netizen ini tak faham apa cerita yang sebenarnya.
“Saya padam sebab tak mahu memanjangkan lagi isu ini dan ingin beritahu netizen mereka yang salah,” katanya.
Dalam pada itu, Kartini meluahkan rasa syukur serta mengakui bangga kerana anak-anaknya tidak pernah berada di tempat yang tidak sepatutnya.
“Alhamdulillah tiada siapa yang nampak anak saya di kelab, tempat perjudian, minum arak, hisap rokok, itu saya bangga.
“Alhamdulillah Allah pelihara dan tiada dalam keturunan kami yang pergi ke tempat perjudian dan buat seperti yang didakwa. Kita tak pernah jejak kaki pun ke tempat perjudian. Alhamdulillah,” katanya.