Tak Bagi Bayi Mandi Air Paip, Suami Madammu Sanggup Beli Berbotol Mineral

Usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu mendedahkan suaminya, Muhammad Azri Che Noh sanggup membeli berbotol air mineral untuk dijadikan air mandian bayi mereka.

Menerusi perkongsian di TikTok, Madammu berkongsikan video mengenai gelagat suaminya yang memanjakan anak mereka.

BACA: 7 Tahun Menanti, Madammu Kini Hamil 5 Minggu

@madammmmu

Kasihnya bapa!

? Doaku Untukmu Sayang – Egus Rivilla

Dalam perkongsian itu turut dimuat naik video memaparkan pembantunya dilihat mencampurkan air suami bersama air mineral ke dalam bekas mandian bayi.

“Ini bukan kerja mummy, ini kerja papa. Kayden balik kampung tak bagi mandi air paip… Air mineral dia beli. Over kan papa dia. Mummy dulu mandi air telaga saja,” tulisnya.

Meskipun terhibur dengan tindakan suaminya itu, namun Madammu berkata itu adalah salah satu cara suaminya meluahkan kasih sayang terhadap anak mereka.

Terdahulu, Madammu selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 9 Jun lalu, di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

×