Sudah beberapa hari berlalu, pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan susulan pembatalan majlis nikah mereka yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos ini.
Susulan berita itu, Mimi masih dilihat mengemas kini akaun media sosial miliknya, namun Syafiq masih terus berdiam diri.
BACA: Mimi Lana, Syafiq Kyle Batal Nikah Bukan Sebab Masalah Peribadi
Terbaru, Mimi dilihat ada memuat naik video di Insta Story memaparkan muzik video lagu bertajuk ‘Malam Pagi’ nyanyian Saixse.
Antara bait lirik yang dimuat naik berbunyi, ‘bazir masa nak fikir tentang cinta, ye aku sakit. healing sampai pagi tak balik.’
Terdahulu, pasangan ini mengejutkan ramai apabila membatalkan majlis pernikahan dan resepsi mereka yang dijadualkan berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada 18 Ogos ini.
Perkara itu disahkan oleh pengurus Mimi, Iman Tang yang memberitahu dia dimaklumkan sendiri oleh pelakon itu, Jumaat lalu.