Umum mengetahui, selepas tidak lagi aktif sebagai ahli politik, Khairy Jamaluddin kini bergelar penyampai radio pula di stesen Hot FM.
Terbaru, menerusi temu bual bersama pempengaruh media sosial, Mek Yun, Khairy atau lebih mesra dipanggil KJ berkata dia seronok menjadi penyampai radio dan tidak rindu menjadi ahli politik.
BACA: Rita Rudaini Pelik Netizen Marah Khairy Jamaluddin
View this post on Instagram
“Saya dah keluar sekejap daripada politik, sebenarnya agak seronok menjadi DJ dan saya tak berapa rindu jadi ahli politik,” katanya.
Ditanya jika tak menceburi bidang politik, bekas Ketua Pemuda UMNO itu meluahkan hasrat ingin melibatkan diri dalam bidang lakonan.
Malah, KJ sempat meminta orang ramai mencadangkan watak yang sesuai dimainkan olehnya.
Dalam pada itu, KJ sempat menitipkan pesanan kepada mereka diluar sana untuk mengikuti impian serta jadi diri sendiri.
“Jangan mengikuti impian atau cita-cita orang lain,” katanya.