Pelakon Afiq Muiz akhirnya sah bercerai talak satu dengan isteri, Pachara Apin di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, Kuala Lumpur hari ini.
Memetik mStar Online, pguam syarie mewakili Afiq iaitu Mohd Yazit Sa’at berkata perceraian mereka dibuat tanpa sebarang tuntutan daripada Pachara.
BACA: “Perempuan Ni Maki Mak Aku Sebab Buang Gambar Jesus” – Adik Afiq Muiz
“Pachara tidak akan membuat sebarang tuntutan selepas perceraian ini. Ada beberapa perkara dipersetujui antaranya Pachara bersetuju menggugurkan semua haknya seperti nafkah edah, mutaah, tunggakan nafkah isteri dan hutang dalam perkahwinan.
“Afiq pula bersetuju untuk menarik semula kes nusyuz yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
“Kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dalam media sosial selepas perceraian,” katanya.
Pada Oktober tahun lalu, Pachara memfailkan permohonan fasakh terhadap Afiq kerana menganggap dirinya tidak menerima layanan yang sepatutnya sebagai seorang isteri.
Kemudian pada 15 Jun lalu, Afiq memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya itu atas tuduhan berlaku curang.