Neelofa Akui Dah Nasihat Ameera Khan

Nama Ameera Khan yang juga adik kepada selebriti popular, Neelofa tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air meskipun bukan bergelar selebriti.

Setiap kali ada kontroversi terpalit pempengaruh media sosial itu, pasti nama kakaknya itu akan turut terpalit sehingga ada netizen mendakwa Neelofa hanya menutup mata dengan perbuatan adiknya itu.

BACA: Angau Bercinta Dengan Jejaka Sado? Ameera Khan Tayang Mesej Saling Merindu

Memetik mStar Online, Neelofa berkata sebagai kakak dia sudah memberikan nasihat buat adiknya itu. Ujarnya lagi, dia dan keluarga tidak hanya berdiam diri.

“Saya lebih mengenali adik saya macam mana, saya pun mainkan peranan sebagai kakak yang lebih berusia dengan bercakap dan berbincang bagi dia faham yang dibuat betul atau salah.

“Saya tak nak cakap lebih-lebih kerana bagi saya ia privasi kami. Tapi apa yang boleh saya katakan kami semua tidak berdiam diri. Saya sokong apa yang baik dan tegur apa yang tidak,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa menafikan dakwaan ahli keluarganya gemar mencetuskan kontroversi selepas lama menyepi.

“Orang sekarang dah bijak, bukan macam dulu kena cari majalah untuk baca. Semua orang sangat pandai menilai, peminat akan tahu macam mana cara seseorang itu cari kontroversi…viral.

“Kalau orang tu tak buat apa-apa tapi orang nak tahu cerita dia itu pun ada juga, jadi mereka sendirilah yang kena pandai menilai. Yang saya tahu keluarga saya tak ada seorang pun yang mencari populariti…tapi orang yang cari cerita kami,” katanya.

×