Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed berkata dia tidak terkesan dengan tuntutan saman difailkan oleh penyanyi Baby Shima berhubung kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah.
Memetik mStar Online, PU Syed berkata dia tetap dengan pendiriannya menegakkan kebenaran serta menegur perkara yang salah di sisi agama.
BACA: Baby Shima Saman PU Syed
“InsyaAllah, hak beliau untuk menyaman. Hak kita untuk menyatakan kebenaran dan mencegah kemungkaran,” katanya.
Sementara itu, PU Syed berkata dia baru saja tahu mengenai tuntutan saman itu selepas dihubungi pihak media petang semalam. Dalam pada itu, PU Syed menganggap ianya merupakan satu ujian buat dirinya dalam mencegah kemungkaran.
“Adakah ia satu musibah atau anugerah yang Allah hantar memberi ujian seterusnya kepada saya dalam mencegah kemungkaran yang berleluasa di kalangan masyarakat di bumi Malaysia tercinta ini.
“Para anbiya dan salafuna soleh…ada yang mati dibunuh kerana mencegah kemungkaran dan menyatakan yang hak. Kita di akhir zaman ini, secebis daripada itu pun masih belum menyamai perjuangan mereka,” katanya.