Baby Shima Saman PU Syed

Penyanyi Baby Shima memfailkan saman terhadap pendakwah PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abd Rahman Mat Noor berkaitan ucapan kata-kata fitnah terhadapnya.

Memetik Harian Metro, peguam mewakili Baby Shima iaitu Muhammad Noor Azfar berkata pihaknya memfailkan writ saman dan penyataan tuntutan itu di Mahkamah Tinggi Malaya, Ipoh serta Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu.

BACA: Sakan Bergelek Dengan Baby Shima, Netizen Tanya Mana Taubat Aliff Syukri

“Kedua-dua tindakan terhadap individu-individu yang dinamakan difailkan di atas kausa tindakan saman fitnah (defamation) dan ‘malicous falsehood’ di bawah undang-undang ‘tort’.

“Setakat tarikh kenyataan ini, proses penyerahan kertas-kertas kausa kepada individu-individu yang dinamakan di atas sedang dilaksanakan bagi maksud memenuhi keperluan undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Azfar berkata Shima enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana menghormati proses mahkamah serta pihak yang dinamakan belum menerima kertas-kertas kausa yang difailkan.

Terdahulu, Abd Rahman pernah mendakwa penyanyi berkenaan ‘menjual agama’ kerana hanya mengenakan tudung mengikut majlis tertentu.

PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak pula didakwa memfitnah dan menuduhnya tidak mengetahui soal halal dan haram berhubung penganjuran sesuatu konsert.

×