Pelakon dan pempengaruh media sosial Syifa Melvin berkongsi berita gembira apabila dia bakal menyambut kelahiran cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Perkara itu dikongsikan oleh Syifa yang kini hamil tujuh bulan dalam majlis kesyukuran serta ‘gender reveal’ yang diadakan semalam.

BACA: Hadiahkan Gol Buat Isteri, Safawi Rasid Sahkan Syifa Melvin Hamil 6 Bulan

Menerusi perkongsian itu, Syifa turut meluahkan rasa teruja bakal bergelar ibu serta memohon doa agar urusan dipermudahkan. Turut dikongsikan acara kejutan meletupkan belon sebagai tanda jantina anak mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syifa Melvin (@syifamelvin)

“Doakan anak ini sihat sempurna dan menjadi anak yang baik. Ibu tak sabar nak jumpa kamu,” tulisnya.

Sementara itu, apa yang lebih menjadi perhatian adalah aksi teruja Syatilla dan Syida yang melompat kegembiraan selepas mengetahui jantina bayi dalam kandungan adik mereka itu.

@samtilla82

Aku memang tak sangka akan jadi trajedi??? benda tak sedaq kot?? #syifawi

? Comedy Scenes – Comical, stupid, silly, loose, comical, farce(1295330) – Ponetto

Lebih lucu, disebabkan terlalu gembira Syatill melompat ke arah Syida sehingga kedua mereka terjatuh di atas lantai.

×