Meskipun sudah mengumumkan mengenai pengunduran daripada dunia seni pada tahun lalu, namun Sarah Hildebrand tetap menjadi perhatian ramai.
Baru-baru ini, perkongsian Sarah mengejutkan ramai apabila memuat naik fotonya memakai coli dan seluar dalam di hadapan cermin.
BACA: Sarah Hildebrand Sertai Tentera Udara AS?
View this post on Instagram
Tidak menutup ruangan komen pada gambar yang dimuat naik, seperti sudah dijangka rata-rata netizen terkejut dengan perkongsian berkenaan.
Turut menjadi bualan diruangan komen apabila rata-rata netizen menegur selulit pada bahagian peha Sarah. Bagaimanapun, ada yang memuji kecantikan pelakon itu serta mengagumi dengan bentuk badan Sarah.
Pada 2020, Sarah Hildebrand mengejutkan ramai apabila dia membuat keputusan tidak lagi bertudung selepas hampir setahun berkahwin dengan Otto Gillen. Kemudian pada Julai 2022, Sarah secara rasmi menyertai unit Tentera Udara Amerika Syarikat (AS).