Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa berang dengan seorang ahli perniagaan yang juga pengasas tudung mengelak membayar hutang tertunggang bernilai jutaan ringgit.
Menerusi perkongsian di Instagram itu juga, Aliff mendakwa individu tersebut turut menjaga cerita tidak benar dengan mengatakan seolah dia yang bersalah dalam hal tersebut.
BACA: Aliff Syukri Mengamuk Mercedes Benz Kena Langgar
Bagaimanapun, Aliff berkata dia mempunyai segala bukti serta perjanjian bertulis yang sudah dibuat antara mereka sebelum ini.
View this post on Instagram
“Hutang saya berjuta tak reti bayar. Semua video apa yang dia lakukan saya rekod. Acah-acah teraniaya.
“Malah buat cerita dengan rakan-rakan saya macam saya pula yang bersalah. Video bukti dan agreement semua ada ya. Sabar ya kak,” tulisnya.
Dalam pada itu, Aliff berkata dia bakal mengambil tindakan undang-undang dan sempat memberikan ‘hint’ tentang siapakah individu yang dimaksudkannya itu.
“Sampai sekarang ni saya terpaksa buat tindakan peguam. Saya beri hint dia jual tudung, selalu keluar televisyen, acah-acah alim dan kaya.
“Kereta mewah sempat beli, pergi umrah pakej mewah, beg prada. Hutang? Sedih! Waktu nak pinjam bukan main manis meminta,” katanya.
Sementara itu, diruangan komen rata-rata netizen meminta Aliff supaya memberi fokus kepada ibadah haji yang sedang dilakukan serta berdoa supaya usahawan itu berlembut hati untuk membayar hutang berkenaan.