Selesai Kes Pukul Luar Mahkamah, Bekas Isteri Minta Radhi Bayar RM300,000

Bekas isteri Radhi OAG iaitu Nur Shahira Ayu Zahiri meminta bayaran RM300,000 berikutan persetujuan mereka bagi menyelesaikan kes di luar mahkamah berhubung dakwaan wanita itu dicederakan penanyi berkenaan.

Memetik BH Online, Shahira berkata Radhi boleh melunaskan bayaran secara penuh atau RM1,000 sebulan untuk tidak membebankan penyanyi itu dimana ianya bertujuan bagi keperluan anak.

BACA: Beza 5 Tahun Dengan Anak Sulung, Radhi OAG Rancang Kahwin Lepas Kekasih Habis Belajar

“Saya faham situasi Radhi, permintaan (RM300,000) untuk anak-anak dan Radhi sudah setuju dengan perkara itu. Selepas ini, kami akan buat ‘hitam putih’ (dokumen rasmi) untuk tandatangani (persetujuan).

“Sebenarnya Radhi nak beri RM5,000 dan RM500 sebulan, saya rasa tidak cukup untuk dua anak. Saya juga perlu bayar pinjaman kereta dan rumah, selain keperluan baju, makanan, vitamin, tuisyen dan sekolah anak.

“Zaman sekarang bukan macam 1960-an, 1970-an. Kalau diikutkan saya mahu lebih daripada jumlah itu tetapi bila bincang saya minta RM300,000,” katanya.

Ketika prosiding, Shahira memberitahu hasratnya untuk menarik balik kes itu selepas perbincangan dengan Radhi, serta mahu menjimatkan masanya dan mahkamah.

“(Saya sudah berbincang dengan Radhi), saya ingin menarik balik kes atas sebab tertentu. Salah satunya ingin menjimatkan masa saya dan mahkamah. Saya faham pekerjaan Radhi, maka saya ingin tarik balik kes dan selesaikan secara baik,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Radhi didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Nur Shahira Ayu di parkir Emporis Menara D Kota Damansara, di sini, pukul 2.29 petang pada 19 April 2022.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

×