Ebit Lew Perjelas Mondy Buat Tatu Sendiri, Caprice Kongsi Video Sebenar

Pendakwah bebas terkenal, Ebit Lew mempertahankan wanita bertatu yang dibantunya dengan menjelaskan tatu dibadannya itu dibuat sendiri dan tidak melibatkan wang ribuan ringgti seperti didakwa netizen.

Bagaimanapun, perkongsian penyanyi rap, Caprice menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video lama memaparkan wanita bernama Mondy itu sedang menjalani proses mencacah tatu dengan menggunakan khidmat orang lain.

BACA: Ebit Lew Hantar Gambar Kemaluan Lelaki Kepada Pengadu – Saksi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Difahamkan Mondy menggunakan khidmat pelukis tatu yang terletak di Tangerang Selatan, Indonesia yang menjalankan bisnes dengan menggunakan akaun media sosial bernama @mandala_genk18.

@mandala_genk18

#CapCut @mondy_tatto #idetatokeren #tattooartist #tattooart #inspirasitatto #inspirasitato

? suara asli – TATTOO TANGERANG SELATAN – TATTOO TANGERANG SELATAN

Sementara itu, menerusi perkongsian di TikTok, Mondy dilihat turut berkongsikan sebelum ini video memaparkan dirinya sedang baring menjalani proses mencacah tatu pada wajah.

Dalam pada itu, diruangan komen perkongsian Caprice itu, rata-rata netizen mempersoalkan penjelasan Ebit Lew serta tentang logik seseorang itu boleh mencacah tatu dibadan sendiri.

×