Umum mengetahui, filem Polis Evo 3 kini sedang hangat ditayangkan di pawagam dan kutipan dicatatkan filem tersebut sememangnya luar biasa.

Difahamkan, bagi mempromosikan filem tersebut, barisan pelakon kini sedang sibuk mengikuti tour Polis Evo 3 serta berjumpa dengan peminat.

BACA: Sharnaaz Ahmad Tak Kejar Anugerah, Cukup Diingati ‘Penjahat’ Paling Hebat Di Malaysia

Apa yang menjadi perhatian ramai kehadiran Sharnaaz Ahmad. Namun, ada yang kurang senang melihat kelibat Amelia Christie yang mengikut aktor itu ke sana sini.

Menerusi video dikongsikan di TikTok, ada yang mempertikaikan motif Amelia menyertai tour promosi itu serta ada yang mendakwa seolah dia merupakan pelakon dalam filem tersebut.

Bagaimanapun, ada peminat yang membidas dan mempertahankan pasangan itu asalkan tidak menganggu perjalanan tour berkenaan.

×