“Tanggungjawab Arwah Bapa Saya Dah Selesai Dekat Dunia”

Sebut saja nama Alya Iman pasti ramai tahu pelakon itu mengejutkan ramai apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab.

Menurut anak bongsu kepada pelakon era 80an, Allahyarham Azmil Mustapha, dia lega dapat menampilkan sisi sebenarnya dan enggan menipu di media sosial.

BACA: Netizen Puji Alya Iman Cantik, Mirip Fazura

Malah, gadis berusia 22 tahun itu mengakui bertudung arwah bapanya menuruh untuk menutup aurat sejak dari kecil namun dia tidak mahu mahu terus hipokrit.

Susulan tindakannya itu ada yang mengecam tidak kurang juga ada yang memberikan teguran agar kembali berhijab semula.

Dalam pada itu, ada yang meninggalkan komen mengatakan bahawa tanggungjawab seorang bapa yang menanggung dosa anak perempuan selagi belum berkahwin.

Bagaimanapun, komen individu itu dibalas oleh Alya yang menjelaskan arwah bapanya sudahpun selesai di dunia. Alya turut berkongsikan pautan daripada mufti mengenai benarkah dosa anak perempuan ditanggung bapa jika belum berkahwin.

×