Pelawak dan penyampai radio, Shuib berkata dia tidak membenarkan bakal isterinya, Watie Hanifiah untuk menceburi bidang seni selepas mereka berkahwin.
Memetik Kopi Planet, Shuib berkata dia mahu Watie memberi tumpuan pada keluarga iaitu dia dan anak-anak setelah mendirikan rumah tangga.
BACA: Watie Tak Kisah Dibandingkan Dengan Arwah Siti Sarah
“Tidak… tidak sama sekali. Saya kahwin dengan dia untuk dia jaga anak-anak dan saya. Fokusnya adalah itu.
“Namun kalau ada rezeki untuk posting di media sosial, benda-benda yang simple. Kalau tak perlukan komiteen yang tinggi, saya tiada masalah,” katanya.
Dalam pada itu, Shuib berkata dia tidak menolak kemungkinan untuk menjalankan perniagaan bersama bakal isterinya itu jika ada rezeki.
“Macam ada sebab dia (Watie) pun pernah terlibat dengan bidang perniagaan dan itu antara yang buat saya tertarik dengan dia.
“Perkara ini tidak mustahil kalau ada rezeki pada masa akan datang. Yang pasti untuk mengembangkan perniagaan yang ada sekarang ini saya akan gunakan dia,” katanya.