Ismail Izzani Bangga Digelar Nobita 

Umum mengetahui, sekarang sedang hangat diperkatakan mengenai drama Bukan Hanya Sekadar Cinta yang dilakonkan oleh Ismail Izzani bergandingan dengan, Sofia Dendroff. 

Bagaimanapun, ada yang mengkritik pemilihan Ismail sebagai hero drama yang dianggap tidak sesuai sehingga ada yang menyamakannya seperti watak Nobita dalam siri animasi popular Jepun, Doremon.

BACA: A.Aida Puji Lakonan Ismail Izzani, Tak Kisah Netizen Gelar Nobita

Memetik Xtra, Ismail berkata dia terbuka menerima segala kritikan serta bangga kerana apabila disamakan dengan watak utama dalam drama animasi popular itu.

“Ini pertama kali saya memegang watak utama dalam sebuah drama, satu tanggungjawab yang besar. Saya dah bersedia untuk mendengar segala komen netizen. Ada yang kata muka saya tak sesuai berlakon watak Hero, dan samakan dengan Nobita.

“Nobita itu adalah watak utama dalam drama animasi popular Doraemon. Bila orang tengok drama saya teringat Nobita, saya rasa bangga. Saya tidak terluka apabila menerima komen seperti itu sebab saya pernah dapat komen yang lebih teruk lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail berkata dia mengakui bahawa bidak lakonan bukanlah kegemarannya namun dia menyahut cabaran tersebut.

“Saya sejujurnya tidak memandang perkara tersebut terlalu serius dan ambil perkara positif. Saya sudah cuba yang terbaik, dan berlakon bukan cabang seni kegemaran saya.

“Saya adalah seorang penyanyi yang berani mengambil cabaran untuk memegang watak utama. Apa yang saya boleh katakan, saya dah cuba yang terbaik hasil pertolongan rakan-rakan artis,” katanya.

×