Baru-baru ini perkongsian penyanyi dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli menjadi perhatian apabila ada memuat naik gambar bersama adik-beradik perempuannya.
Menerusi gambar tersebut, Iqbal dilihat mengenakan pakaian sedondon biru muda bersama adik-beradik perempuannya serta bertanyakan adakah wajah mereka berbeza.
BACA: Jumpa Pelacur & Orang Menari Bogel, Iqbal Zulkefli Langsung Tak Terpengaruh
“Adik beradik saya, tiga orang tiada dalam gambar. Seorang sedang di pelamin. Orang cakap muka kami semua berbeza, betulkah?” tulisnya.
Perkongsian Iqbal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan ada satu komen yang menjadi perhatian dimana ada yang mendakwa Iqbal merupakan anak pungut kerana wajahnya berbeza dengan adik-beradik lain.
“Saya rasa Iqbal ini anak pungut. Yang lain sepesen (sama) je muka. Iqbal seorang je lain,” katanya.
Komen individu tersebut dibalas oleh Iqbal yang mengatakan ketika kecil dia terguris hati apabila dikatakan anak pungut, namun apabila dewasa adik-beradiknya mengakui wajahnya berbeza.
“Dulu masa budak-budak saya terasa orang cakap muka saya anak pungut, tetapi bila besar adik-beradik saya pun cakap muka saya macam lain dari adik-beradik lain. Kadang wajah ini kita ikut datuk nenek yang dulu-dulu,” katanya.