Fuh, lagi telefon pintar baharu gais! Keluaran telefon pintar sekarang ini dah macam cendawan tumbuh selepas hujan kan? Laju jer. Kali ini pula, kami nak kenalkan pada anda telefon pintar realme C55 yang telah pun debut di
Malaysia pada 28 Mac 2023.

Sumpah gais, kalau anda lihat telefon pintar dari realme C55 ni pasti jatuh cinta. Daripada designnya sehinggalah ke ciri-ciri gempak yang terdapat dalam telefon pintar realme C55 ni sangat puas hati.

realme turut mengumumkan peningkatan strategik pada Siri C secara rasmi lebih awal, dan kini C55 yang dinaik taraf pertama tiba dengan ciri terbaik segmen dalam kamera dan memori storan!

Terdapat dua warna ditawarkan untuk realme C55 ini iaitu kuning (Sunshower) dan hitam (Rainy Night). Ia adalah warna gradien yang kelihatan berubah-ubah jika dipandang dari sudut berbeza. Sangat cantik!

Perkara lebih menarik tentang telefon pintar ini adalah ‘Mini Capsule’. Fungsinya seakan sama ‘Dynamic Island’ di iPhone 14 Pro tu. Kalau anda nak tahu dengan adanya mini capsule ni, ia dah menjadikannya sebagai sebahagian fungsi aplikasi. Oh ya, ini telefon Android pertama yang ada ciri sebegini tau. Canggih!

Spesifikasi realme C55

Untuk info anda, telefon pintar realme C55 ini adalah yang pertama dalam keluarga siri C dengan fungsi kamera terbaik, storan besar (6+128GB, 8+256GB) dan pengecasan pantas! Siri C dibuat untuk setiap pengguna menikmati pengalaman teknologi yang hebat!

Siri C baharu ini akan menjadi peneraju segmen dengan menaik taraf empat bidang utama termasuk kamera, memori storan, pengecasan pantas dan juga reka bentuk.

Dilengkapi Pemproses Mediatek Helio G88 Chipset bersama RAM LPDDR4X

Bukan itu jer gais, realme C55 ini dilengkapi dengan pemproses Mediatek Helio G88 Chipset bersama RAM LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 256GB. Kad mikroSD boleh diterima sehingga 1TB. Ada juga fungsi RAM Maya (DRE) yang menggandakan saiz RAM menerusi penggunaan storan dalaman.

Untuk skrin di realme C55 ini, ianya seluas 6.72-inci daripada jenis LCD 90Hz dan resolusi HD Penuh. Ada lubang kecil di atasnya yang memuatkan kamera hadapan.

Ciri ‘Mini Capsule’

Seperti yang kami cakapkan di atas tadi, realme telah mengubahsuai sistem operasi mereka dan menambah ciri “Mini Capsule”. Anda boleh tengok sendiri mini capsule ini menjadikan ruang hitam menjadi lebih lebar dan dalam masa yang sama ia menayangkan maklumat berguna di dalamnya. Antaranya kuasa mengecas, peratus bateri, penggunaan data, serta jumlah langkah harian anda.

Kamera Paling Power!

Bagi kamera pula, hanya ada dua kamera di belakang iaitu kamera utama 64MP dan kamera potret 2MP. Bagi kamera 64MP ini, ianya menggunakan sensor OV64B dan teknologi pengimejan ProLight paling power! Anda boleh lihat gambar yang dihasilkan nanti sangat gempak dan paling jelas! Sesuai sangat pada anda yang suka mengambil gambar dan menyimpan memori dalam telefon tu.

Bagi kamera hadapannya pula ialah 8MP. Di sisi telefon pintar realme C55 ini juga terdapat butang kuasa yang digabungkan bersama pengimbas cap jari.

Pantas Mengecas

Selain itu, realme C55 juga memiliki kuasa mengecas terpantas di dalam keluarga siri-C. Baterinya berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W melalui USB-C. Hanya 63 minit sahaja diperlukan untuk mengecas dari 0-100%. Pantas betul!

Sistem Bunyi Pun Padu!

Sistem bunyi di realme C55 hanya mono dan ia memiliki jek audio 3.5mm untuk menikmati sistem bunyi lebih hebat di telinga. Kalau dengar muzik guna headset ni lagi best gais.

Jom Join ‘Leap To Champion’ Roadshow Ni!

Gais, inilah peluang untuk anda lihat dengan lebih dekat dan jelas realme C55 ini. Bagi meraikan pelancaran realme C55 ini, anda boleh join realme Leap to Champion Roadshows yang bermula di Sunway Velocity Vanity Atrium, Level G (berhadapan Parkson) dari 31 Mac sehingga 2 April 2023.

Aktiviti yang anda boleh lakukan adalah:
1. Cabutan Bertuah Mesin Cakar*
2. Tunjukkan Kemahiran Juara Anda
3. Tunjukkan Pose Juara Anda
4. Tunjukkan Kuasa Juara Anda
5. Tunjukkan Gaya Juara Anda
6. C Juara Anda*

Berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM20,000!
*Tertakluk Terma & Syarat.

Seterusnya, realme akan berada di Genting Highland Sky Avenue Time Square Stage, Level 1 (Di hadapan Bona Cinemas) bermula 7 April hingga 9 April 2023. Di sana nanti akan ada pelbagai aktiviti menarik termasuklah meet & greet artis, cabutan bertuah, promosi jualan, pengalaman pegang dan tengok sendiri realme C55 dan berpeluang menang hadiah gempak sehingga RM30,000! Pergh, asyuk!

Antara aktiviti yang ada adalah:
1. Tunjukkan Pose Juara Anda
2. Tunjukkan Gaya Juara Anda
3. C Juara Anda*

Berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM10,000!
*Tertakluk Terma & Syarat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook rasmi realme Malaysia untuk maklumat lanjut dan berita terkini.

Harga Betul Berbaloi Gais!

Kalau dilihatkan spesifikasi realme C55 ini, tak padan dengan harganya yang sangat berbaloi tau. Anda ada bajet bawah RM1,000 pun dah boleh dapatkan telefon pintar canggih sebegini.

Jika anda pre-order di realme Official Brand Stores bermula 28 Mac – 30 Mac untuk dua warna ini (Sunshower dan Rainy Night), anda boleh dapatkan dengan harga RM699 (6+128GB) dan RM799 (8+256GB). Sangat berbaloi gais, boleh save RM129! Yang syoknya anda boleh dapat PERCUMA realme Buds 2 Neo dan waranti tambahan selama 6 bulan.

Kalau tak nak pre order, anda kena cepat dapatkan di list yang kami berikan di bawah ini untuk jualan pertama mereka dengan harga RM699 (6+128GB) dan RM799 (8+256GB).

1. 31 Mac hingga 6 April – Anda dapatkan di Kedai Jenama Rasmi realme dan Penjual Sah realme Malaysia. Nikmati PERCUMA waranti tambahan 6 bulan.

2. 31 Mac – Anda boleh dapatkan di Shopee dan Lazada rasmi realme. Anda juga boleh dapat PERCUMA realme Buds 2 Neo + 6 bulan waranti tambahan + realme Key Chain

3. 31 Mac – Dapatkan realme C55 di TikTok realme dan nikmati PERCUMA realme Buds 2 Neo.

Amacam gais? On tak on? Untuk info lanjut, anda boleh lawati Facebook realme Malaysia. Segala maklumat dan berita terkini akan diupdate di sini!

Jadi jangan ditunggu lagi gais, jom dapatkan segera!

×