Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri memaklumkan dia sudah pun memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor, Isnin lalu.
Memetik Harian Metro, Shuhada berkata keputusan untuk failkan cerai dibuat selepas dipersetujui oleh akedua-dua belah keluarga.
BACA: Sudah Ke Mahkamah, Shuhada Harap Nafkah Anak-Anak Takkan Putus
“Ya betul, saya sudah failkan perceraian selepas ia dipersetujui kedua-dua pihak. Ia berlaku atas persetujuan bersama Hafidz dan keluarga saya. Kalau boleh tanpa kehadiran media, jadi kami pergi semalam (Isnin),” katanya.
Menurut Shuhada lagi, dia ke mahkamah bersama keluarga serta berharap segala urusan akan dipermudahkan.
“Semoga Allah permudahkan segala urusan, insya-Allah. Saya harap perkara ini tidak menyusahkan mana-mana pihak,” katanya.
Semalam, Shuhada ada memuat naik foto ke mahkamah untuk menguruskan urusan perceraiannya serta berharap nafkah untuk anak-anak tidak akan putus.
Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga dada 30 April 2016. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar kini berusia 2 tahun.