Pelakon Amelia Henderson berkata dia tidak minat untuk masak serta menghabiskan banyak masa di dapur apatah lagi dengan kesibukannya sebagai anak seni.
Memetik Astro Gempak, Amelia juga mengakui dia juga tidak pandai memasak serta lebih suka makan daripada memasak.
BACA: “Kalau Rasa Tak Sesuai, Jangan Tengok” – Amelia Henderson
“Saya seorang yang tidak memasak di rumah kerana sentiasa ‘on the go’. Lagipun terus terang saya tak pandai memasak langsung.
“Saya lebih suka makan dari memasak dan duduk di dapur. Lagipun gaya hidup saya sebagai pelakon yang sangat sibuk ini membuatkan saya balik ke rumah hanya untuk berehat dari memasak,” katanya.
Ditanya adakah dia akan memasak jika berkahwin suatu hari nanti, Aemlia berselorohbmengatakan dia akan mencari suami yang pandai memasak.
“Setakat ini saya boleh kata belum tiba masanya lagi untuk saya jadi kreatif dan belajar memasak.
“Nak kahwin nanti mungkin saya kena cari calon suami yang pandai masak kerana dia pun kena tolong bukan tanggungjawab isteri seorang,” katanya.