Perkongsian penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video di Instagram memaparkan dirinya tampil berhijab.
Difahamkan, penyanyi berusia 50 tahun itu mempromosikan karnival sempena peristiwa Israk Mikraj yang akan diadakan Bersebelahan Masjid Negeri, Seremban pada 17 dan 18 Februari ini.
BACA: Netizen Kagum Syafinaz Ajar Qariah Teknik Pernafasan
View this post on Instagram
Video dimuat naik penyanyi itu menjadi bualan apabila rata-rata netizen memuji kecantikan Syafinaz yang anggun dan manis berhijab.
Malah, ada netizen mengatakan sejuk hati melihat Syafinaz tampil sopan seperti itu serta mendoakan agar kekal dengan imej sebegitu suatu hari nanti.