Umum mengetahui, pelakon Puteri Sarah bakal memfailkan perceraian di mahkamah syariah pada Isnin ini. Namun, bapa mertuanya, Datuk Yusof Haslam berharap anak menantunya tidak bercerai.
Terbaru, perkongsian ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail menjadi perhatian meluahkan perasaan geram terhadap Ira Kazar yang disifatkan perampas kebahagiaan keluarga orang lain.
BACA: “Menantu Saya Cuma Puteri Sarah” – Ibu Syamsul Yusof
“Ayah mereka telah dirampas oleh perempuan yang kejam. Ibu mereka ditinggalkan kerana perempuan itu. Laknatlah hidupnya,” tulisnya.
Terdahulu, Datin Patimah mengatakan bahawa menantunya hanya Puteri Sarah. Malah, Datin Patimah tidak reda dan tidak merestui perkahwinan kedua anaknya itu.
Dalam pada itu, Datin Patimah turut meluahkan rasa terkilan kepada keluarga Kazar kerana tidak menghalang perkahwinan Syamsul sebaliknya membantu anaknya berkahwin.