Baru-baru ini, pelakon dan penyampai radio Azad Jasmin ada memuat naik video memaparkan anak keduanya iaitu Ameisya Leann Rose.
Ternyata video dikongsikan Azad itu menjadi perhatian ramai apatah lagi ramai yang memuji kecantikan anak kedua Azad dan aktres, Eira Syazira itu.
BACA: Azad Jasmin Bengang Pagar Rumah Roboh Dilanggar Pemandu Mabuk
View this post on Instagram
Diruangan komen, rata-rata netizen terpegun dengan kecantikan kanak-kanak berusia 6 tahun itu yang memiliki raut wajah seperti selebriti Bollywood.
Kata netizen lagi, tak lama lagi anak keduanya itu bakal mengikut jejak langkah kedua ibu bapanya bergelar pelakon. Malah, ada yang mengatakan pasti ramai yang akan masuk meminang apabila dewasa kelak.
Untuk rekod, Ameisya Leanne Rose yang dilahirkan pada 31 Disember 2016 dan kini sudah berusia enam tahun.
Azad dan Eira mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan 3 cahaya mata perempuan iaitu Ammara Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Suri Ratu