Anak sulungnya kini sudah berusia dua tahun, pelakon Emma Maembong berkata dia dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua.
Memetik Oh Bulan, Emma berkata soal zuriat adalah perkara yang sensisitf dan sudah pasti dia akan kongsikan berita jika dia hamil apatah lagi dia sememangnya sangat berharap.
BACA: Menari Siap Peluk Lelaki, Emma Maembong Seronok Parti Di Kelab Malam?
“Saya tak nak cakap apa-apa… sebab saya dan suami pun masih mencuba. Kalau saya kata ya, tapi tidak ada (hamil), saya akan sakit.
“Sama juga kalau saya kata tak ada, kemudian tiba-tiba ada (hamil), saya happy dan tak semua orang akan gembira tengok kita happy. Hal zuriat ni merupakan satu hal yang sensitif. Saya memang mengharap sangat,” katanya.
Mengimpikan cahaya mata yang ramai, Emma berkata dia sudah mencuba untuk mendapatkan zuriat sebaik sahaja selesai berpantang namun belum ada rezeki lagi.
“Dari dulu… dari zaman bujang sampailah ada suami, memang saya nak anak ramai. Setengah orang nak satu, dua tapi tidak bagi kami. Lepas pantang je saya dah cuba dah, let’s go team bola!
“Tapi Allah Maha Besar… anak pun dah berusia dua tahun. Selagi belum ada, saya tak nak cakap apa-apa.
“Bila saya duduk di rumah dengan suami dan anak sahaja, rasa sunyi. Saya sendiri membesar dalam satu keluarga yang besar, ada 11 adik beradik. Saya juga suka menjaga anak saudara,” katanya.
Emma mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel kini berusia dua tahun.