Sebelum ini hangat diperkatakan apabila usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli memuat naik gambarnya dengan pelakon meningkat naik, Wafariena Roslan di Instagram.
Baru-baru ini, perkongsian Iqbal sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik video menyambut ulang tahun kelahiran sahabat baiknya yang bernama Erysha Emyra merupakan anak kepada pelakon veteran terkenal, Datin Seri Noniswara.
BACA: Iqbal Zulkefli Sambut Hari Jadi Anak Datin Seri Noniswara, Netizen Kata Baru Sepadan
Perkongsian Iqbal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpendapat Iqbal dan Erysha dilihat sesuai untuk menjadi pasangan serta mendoakan agar mereka dijodohkan.
Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian Iqbal berkata dia tidak mampu memberi penjelasan mengenai perkara itu kerana menghormati Erysha sebagai sahabat sertta ibu gadis berkenaan juga baik dengan dirinya.
“Setiap kali pertanyaan, persoalan ketika nama saya disebut, biasanya pasti ada jawapan. Tetapi, untuk kali ini, saya tidak menghuraikan panjang kerana mengormati Erysha sebagai sahabat. Ibu Erysha, Datin Sri Noniswara sangat baik dengan saya,”tulisnya.
Dalam pada itu, Iqbal mengakui takut untuk mendekati dan rapat dengan wanita dek kerana sering dijodohkan setiap kali memuat naik gambar atau video bersama di media sosial.
Malah, Iqbal berkata dia juga bimbang jika ‘dicop’ sebagai lelaki yang suka menganggu wanita serta memohon maaf kerana ianya bukan berada dalam kawalannya.
“Semakin hari, saya jadi takut untuk rapat dengan wanita, takutkan ada yang rasa terganggu menjadi gosip. Risaukan orang mendekati saya tiada privasi. Bimbang orang cop saya lelaki yang suka ganggu wanita bahkan mencari publisiti dengan menempel wanita,” tulisnya.