Pasti ramai tahu lagu nyanyian Altimet iaitu Aduh Malaysia yang trending ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ianya digubah berdasarkan karya Allahyarham P Ramlee, Hoi Hoi Ya Hoi.
Baru-baru ini seorang pengguna Twitter menggesa Altimet menuntut royalti daripada sebuah parti ia susulan parti berkenaan menyanyikan lagu Aduh Malaysia bagi meraikan kemenangan calon Parlimen Padang Serai.
BACA: Altimet Bengang Pengurusan Bocorkan Lagu Baru Ke Radio
Membalas ciapan netizen itu, Altimet berkata dia sememangnya tidak mahu mengambil walau satu sen pun royalti lagu tersebut dan akan diserahkan kepada waris Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Jelas Altimet lagi, lebih ramai yang menggunakan ataupun mendendangkan lagu tersebut, lebih banyak royalti yang akan diperoleh oleh waris di masa hadapan.
“Sebenarnya saya lepaskan semua royalti lagu ini pada waris Allahyarham P Ramlee. Tahun 2022 antara tahun terakhir untuk waris-warisnya terima hasil harta intelek dia.
“Hak ini lupus 50 tahun selepas pencipta meninggal dunia. Lagi ramai orang menyanyi lagu allahyarham, lebih banyak mereka (waris) akan dapat,” katanya.
Perkongsian Altimet itu mendapat perbagai reaksi daripada nertizen memuji tindakan penyanyi itu yang membantu waris seniman negara itu dengan cara yang bijak serta mendoakan agar dimurahkan rezeki.