Pelakon Datin Lisa Surihani berkata dia tidak mampu mengawal filem-filem lakonannya ketika masih belum menutup aurat masih ditayangkan di pelbagai platform penstriman dan media sosial.
Memetik Kosmo, Lisa berkata dia hanya mampu berdoa agar penghijrahannya untuk menjadi insan lebih baik sentiasa dipermudahkan.
BACA: Ramai Sebak Tengok Lisa Surihani & Neelofa Menangis Di Set Shooting
“Saya hanya mampu berdoa sebab ada perkara yang bukan dalam kawalan saya. Ada benda yang saya sendiri tak boleh buat apa-apa.
“Saya sendiri belum arif tentang hukum itu dan belum lagi bertanya ustaz atau pakar agama tentang perkara itu. Saya berdoa agar jalan saya dipermudahkan dan berharap perkara itu (filem) akan hilang sendiri nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Lisa menafikan anggapan netizen bahawa dia sudah berhenti berlakon serta memaklumkan dia kini sedang menjalani penggambaran sebuah projek lakonan serta ada tawaran lain yang sedang dipertimbangkan.
“Nak kata saya sudah berhenti berlakon tidak juga sebab saya sedang menjayakan sebuah penggambaran melakonkan watak cameo (pelakon undangan).
“Ada juga beberapa tawaran masih dalam pertimbangan. InsyaAllah jika ada watak yang bersesuaian saya terima,” katanya.