Muncul di konsert 3 Generasi di Zepp KL bersama kumpulan Spider dan XPDC baru-baru ini, penyanyi Noh Salleh mengakui terharu peminat masih menyokong kerjaya seninya.
Memetik Kosmo, ketika persembahannya Noh sempat memberitahu konserta itu merupakan pengubat dukanya selepas berdepan pelbagai kontroversi baru-baru ini.
BACA: Noh Hujan Selamba Catwalk Di KLFW Sambil Pegang Rokok
View this post on Instagram
Noh juga turut berterima kasih kepada pihak penganjur kerana memberikan peluang kepadanya untuk mempersembahkan karyanya kepada umum
“Saya berbangga dapat buat persembahan di atas satu pentas dengan Spider dan XPDC serta berpeluang menunjukkan karya-karya seni Noh Salleh.
“Selain itu, tahun ini macam-macam hal yang berlaku dan konsert ini juga boleh dikatakan sebagai pengubat rasa duka sebenarnya,” katanya.
Ketika persembahan, Noh turut menerima jeritan daripada peminat wanitanya yang mengatakan ‘I Love You’. Tidak membalas, namun japawan diberikan menjadi perhatian ramai.
“Eh, aku pun sudah single (solo),” selorohnya.
Terdahulu, penyanyi Noh Hujan dan Mizz Nina mengumumkan perceraian mereka pada Ogos lalu dan kini masing-masing membawa haluan sendiri.