“Habis Sudah Air Mata Saya, Jangan Ganggu Hidup Kami Lagi”

Sejak Jumaat lalu, hangat diperkatakan apabila seorang wanita dikenali sebagai F mendakwa diajak bernikah oleh pelakon Azri Iskandar serta sudah berjumpa dengan keluarga pelakon itu di kampung.

Memetik Harian Metro, Azri berkata dia tidak mahu bercakap lagi mengenai wanita F itu serta meminta supaya tidak menganggu hidupnya bersama kekasihnya, Dr Azra Diera.

BACA: Ibu Kekasih Pengsan, Azri Iskandar Nak Saman Wanita ‘F’ & Portal Berita

“Habis sudah air mata saya. Jadi jangan ganggu hidup kami lagi. Saya dah tak tahu nak marah, sebab saya punya marah dan carutan sudah dilepaskan kepada portal berita dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Jadi cukup! Saya takkan cakap apa-apa lagi berkenaan wanita F. Air mata saya pun dah habis. Lepas ni air mata saya untuk Dr Azra Diera, 43 saja. Air mata Azra pun untuk saya, bukan untuk perempuan itu,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan ibu kekasihnya yang jatuh pengsan sehingga dimasukkan ke hospital, Azri berkata bakal ibu mentuanya itu masih berada di dalam wad.

“Mak Azra masih dalam wad, tapi alhamdulillah dia okay. Tekanan darah menjadi tak stabil sebab dia terkejut selepas menonton video perempuan itu. Dia bukan orang muda, mak dan ayah Azra sudah berusia lebih 70 tahun. Kami pun jadi ‘sakit’ disebabkan masalah ini. Mak tu sakit, akibat kejadian ni dia di hospital,” katanya.

Terdahulu, Azri berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita bernama F serta portal yang susulan tuduhan wanita itu yang dianggap fitnah.

×