Baru-baru hangat diperkatakan apabila tular video memaparkan pelakon Hisyam Hamid mendukung aktres Scha Elinnea dalam babak drama Kerana Aku Isteri Bidaan.
Video tular itu ternyata mengejutkan netizen serta ada yang menyamakanya dengan pelakon Zul Ariffin serta menggelar Hisyam sebagai Zul Ariffin 2.0.
BACA: Hisyam Hamid Dikecam Pegang, Dukung Scha Elinnea
Memetik mStar Online, Hisyah bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai perkara itu kerana bimbang ianya akan disalah tafsir oleh sesetengah pihak.
“Perkara ini terlalu sensitif bagi sesetengah pihak. Jadi lebih elok saya tidak saya tidak bercakap banyak tentang perkara ini kerana bimbang akan disalah tafsir.
“Babak tersebut memang ada dalam skrip dan banyak projek lain sebelum ini mempunyai adegan seperti itu. Cuma penonton memberi perhatian kerana drama ini mendapat sambutan baik,” katanya.
Sedar tentang teguran diberikan netizen, Hisyam melihat ianya satu perkara positif untuk memperbaiki kesilapan.
“Benda yang negatif pun boleh dijadikan satu perkara positif. Ini adalah satu teguran buat saya.
“Sebagai pelakon saya sentiasa akan kaji dulu sesuatu babak. Selama ini cuba untuk elak perkara sebegini berlaku tetapi ia terjadi kali ini,” katanya.