Tipu sangat kalau kami cakap anda tak tahu lagu ‘Gatal’ dari Janna Nick yang menjadi fenomena ni kan? Dah viral satu dunia pun gara-gara trending di aplikasi TikTok.
Tapi, kejap! Bukan lagu ini yang kami nak kongsikan dengan anda. Kita tinggal sekejap lagu berhantu itu sebabnya sekarang ini Janna Nick telah menyanyikan dan membintangi lagu Raya pula. Wah, boleh trending lagi sekali ni jawabnya.
Janna Nick Membintangi Video Raya Matrix Concepts
Anda pasti suka bila kami katakan yang MV “Metaraya Matrix” membuatkan anda terpersona kerana untuk kali pertamanya Matrix Concepts mempersembahkan video raya berkonsepkan musikal dengan elemen futuristik yang pasti memukaukan anda!
Untuk pengetahuan anda, Matrix Concepts Holdings Berhad merupakan pemaju bagi Bandar Sri Sendayan dan antara 10 syarikat pemaju perumahan terkemuka di negara ini. Malah, telah diiktiraf dengan pelbagai anugerah termasuk tersenarai dalam The Edge Billion Ringgit Club.
Bagi Matrix Concepts, “Metaraya Matrix” MV raya ini akan membawa anda ke masa hadapan Bandar Seri Sendayan. Ianya sangat futuristik, maya, dan kita hidup dalam dunia yang celik teknologi!
Dengan kehangatan budaya dan tradisi Raya yang masih dipelihara dan diamalkan sehingga hari ini, kami pasti anda akan merasa teruja bila menonton video muzik yang dibintangi Janna Nick ini. Serius!
Hasil Yang Terbaik Dari Team Produser Yang Terhebat!
Rakaman dilakukan di Bandar Sri Sendayan sambil dikelilingi dengan alunan lirik nostalgia serta tarian koreografi berunsurkan tradisional. Idea dan arrangement terbaik ini terhasil dari bukan calang-calang orang.
Memenangi Anugerah Penerbit Muzik Malaysia, Keon Chia, membawakan anda lagu bertemakan “Metaraya Matrix”, lagu Raya moden yang memberikan kelainan yang akan buatkan anda mahu menari bersama!
Bukan itu jer, lagu itu turut digandingkan dengan gerakan tarian secara berurutan dan disusun oleh koreografer selebriti Aric Ho & Ariel Chew dari Mob Performing Academy. Nak pula digayakan dengan pakaian buatan khas yang futuristik dari pereka fesyen terkenal Malaysia, Abu Shaef Hamza, kami pasti mata anda tak tengok yang lain dah.
Watak Janna Nick sebagai ‘nenek’ turut dikreditkan kepada makeup artist, Sharhim Khan. Kalau anda tengok Janna Nick dalam muzik video itu, ‘hidup’ betul watak nenek tu tau. Menjadi! Nak pula digabungkan gaya rambut futuristik oleh stylist David Shaw, memang power habis!
Idea dan pelaksanaan “ Metaraya Matrix” ini cukup lengkap dengan pasukan terbaik dan berpengalaman dari Scarlet Productions yang diketuai oleh Pengarah dan Penerbit, Asher Yeap.
Tak mudah sebenarnya untuk jayakan projek besar macam ni kalau tak ada team yang best. Ditambah pula dengan video muzik yang tidak pernah dilihat sebelum ini, pasti tanggungjawab tu besar untuk jayakan video muzik dari Janna Nick dan team ini!
Jom Tonton Sekarang!
Dah, tak nak cakap banyak, nah sedikit sinopsis untuk anda tentang video muzik ini.
Janna Nick memegang watak nenek yang merindui anak dan cucunya yang dilakonkan oleh Akmal Azwar yang terpisah jauh. Dan disebabkan itulah, muncul idea si nenek ini untuk kumpulkan kesemua anak dan cucunya ke ‘Rumah Pusaka’ secara virtual sambil mengekalkan budaya dan tradisi Melayu.
Apa lagi ditunggu, jom sama-sama lihat video muzik ini