Semalam hangat diperkatakan mengenai perkongsian video oleh isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Serra dipercayai ke sebuah mahkamah syariah.
Menerusi video tersebut, Rossa dilihat menuruni tangga sebuah bangunan dipercayai mahkamah dengan berpakaian serta hitam sambil membawa sebuah fail.
BACA: Keluar Dari Pejabat Agama, Netizen Tanya Isteri Shuk Siapa Lelaki Dalam Kereta?
Dalam video itu, Rossa turut menulis kapsyen pada latar belakang video berkenaan berbunyi,”Aku hanya kehilangan orang yang tidak mencintaiku, tapi dia kehilangan orang yang mencintainya.”
Memetik laporan Kosmo! Shuk yang dihubungi untuk bertanyakan tentang perkara itu menafikan dakwaan bahawa isterinya ke mahkamah.
“Tidak adalah,” jawabnya ringkas.
Terdahulu, drama rumah tangga pelawak itu masih tiada kesudahan lagi apabila isterinya mendedahkan suaminya itu didakwa curang lagi.
Malah, pada November tahun lalu Rossa mendedahkan sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan kini dalam proses untuk failkan cerai selepas lima tahun berdepan konflik rumah tangga.