Peminat Risau Tengok Zahirah Macwilson Cengkung Sangat

Meskipun sudah bergelar ibu kepada seorang cahaya mata, namun pelakon Zahirah Macwilson tetap dilihat langsing.

Pasti ramai yang cemburu melihat pelakon itu kekal langsing selepas melahirkan cahaya mata. Namun, ada yang bimbang melihat penampilannya yang cengkung berbanding sebelum ini.

BACA: Zahirah Macwilson Nak Cari Maid, Sibuk Jaga Anak Sampai Badan Susut

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Baru-baru ini, Zahirah ada memuat naik beberapa gembira gambarnya memakai baju dan seluar berwarna nude.

Namun, ada segelintir netizen lebih tertumpu pada wajah pelakon itu dilihat agak cengkung. Kata netizen lagi, Zahirah lebih cantik jika sedikit berisi. Bagaimanapun, ramai yang memuji ibu kepada Isaac Raees itu masih tetap cantik.

Disember lalu, Zahirah berkata dia dalam perancangan untuk mencari pembantu rumah yang akan membantu menjaga anak lelakinya, Isaac Raees.

Dilihat semakin langsing, Zahirah berkata dia tidak mengamalkan diet sebaliknya berat badannya susut kerana sibuk menguruskan anak.

×