Tanggal 7 Mac lalu merupakan hari ulang tahun kelahiran pelakon cantik Nora Danish yang ke-40 tahun. Meskipun sudah berusia 40 tahun dan memiliki dua cahaya mata namun pelakon itu tetap dilihat kekal awet muda.
Bersempena ulang tahun kelahiran isterinya, Nedim Nazri menitipkan ucapan isteri buat Nora. Ujarnya, Nora masih sama seperti kali pertama mereka bertemu.
BACA: Pakai Jeans Koyak Lutut, Netizen Kesiankan Nora Danish
View this post on Instagram
Kata Nedim lagi, isterinya telah mengubah dirinya menjadi seorang suami dan bapa yang baik buat anak-anak mereka.
Nora memberitahu tidak mahu menyambut majlis hari jadinya, bagimanapun Nedim tetap membuat kejutan dengan memuat naik video ucapan hari lahir daripada penyanyi kesukaan Nora iaitu Yan Josua.
Diruangan komen, Nora mengatakan ia adalah hadiah paling bermakna diterimanya serta merasakan dirinya bertuah Nedim adalah suaminya serta mendoakan rumah tangga mereka kekal hingga ke syurga.
Terdahulu, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017. Nora mempunyai dua orang anak lelaki Mohamed Neqayl dan Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram hasil perkahwinannya terdahulu.