“Kesian Tengok Skirt Tu, Macam Sesak Nafas”

Selepas memuat naik gambar di Instagram, pelakon dan pengacara Janna Nick berkongsikan video memaparkan dirnya memakai jaket sejuk dan dress pendek menampakkan bahagian pehanya di aplikasi TikTok.

Menerusi video tersebut, Janna sedang melakukan catwalk dengan berlatar belakangkan lagunya yang kini sedang viral berjudul Gatal.

BACA:

Video tersebut yang kini mendapat 2 juta tontonan itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang menegur pemakaian pelakon itu.

Rata-rata netizen menegur pelakon itu supaya tampil lebih sopan serta meminta untuk menjaga auratnya. Malah, ramai yang mendoakan supaya Jann berubah suatu hari nanti.

Namun, seperti sudah dijangka ada netizen meninggalkan komen sindiran meluahkan rasa kasihan dengan skirt yang dipakainya itu seperti sesak nafas.

Sementara itu, semalam Janna dilihat ada memuat naik gambar dengan kapsyen dimana dia memerlukan kata-kata semangat daripada orang ramai untuknya menurnukan berat berat.

×