Selamat menimang cahaya mata sulung pada 29 Januari lalu, Neelofa berkongsikan pengalaman melahirkan putera kesayangannya, Muhammad Bilal.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Neelofa meluahkan rasa syukur suaminya, pendakwah bebas PU Riz sentiasa ada di sisi menemani melalui saat-saat mencabar.
BACA: Neelofa Kongsi Foto Bilik Anak, Netizen Teruja Nak Tengok Wajah Bilal
“Sentiasa ada di sisi. Terima kasih suamiku. Walaupun mencabar lima hari pertama di hospital, tapi itu hari-hari terindah bersama suami sepanjang berkahwin,” tulisnya.
Menerusi satu perkongsian lain, Neelofa turut berkongsikan pada awalnya dia menyangka kontraksi pada 29 Januari lalu hanya amaran palsu atau ‘false alarm’.
Kata Neelofa lagi, dia seolah tidak percaya sakit yang dialaminya itu adalah sakit bersalin kerana rasa sakit itu seperti datang bulan sahaja.
“Masa ini macam tidak percaya dan tidak boleh hadam, betul ke sakit nak beranak kerana macam lebih kurang sakit datang bulan sahaja (period pain).
:Sebab sengugutku sangat ekstrem ya setiap bulan. Haris balik kerja malam itu, terus dia cakap jom kita pergi hospital dan saya seperti… ya ke sayang? Kot-kot (kalau) ‘false alarm’. Jadi saya mula rakam setiap kali sakit,” kongsinya.
Dalam pada itu, Neelofa turut berkongsikan dia menahan sakit konstraksi lebih daripada lapan jam sebelum anaknya selamat dilahirkan.
“Teman suami makan pagi. Masa ini sudah lebih lapan jam ‘layan’ kontraksi dan enam jam kemudian… jam 3.44 petang Allah mudahkan segalanya dan Bilal dilahirkan dengan selamat,” tulisnya.
Terdahulu, Haris mengumumkan kelahiran anak sulungnya selepas tiga hari Neelofa selamat bersalin. Neelofa dan Haris diijabkabulkan pada 27 Mac tahun lalu, di sebuah hotel terkemuka di ibu kota,