Baru-baru ini perkongsian pelakon Sharnaaz Ahmad di Insta Story menjadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa bengang dengan sebuah syarikat menjual permainan kanak-kanak.
Menerusi entri tersebut, Sharnaaz mendakwa harga permainan yang dijual di kedai tersebut langsung tak masuk akal.
BACA: Sharnaaz Ahmad Beri Kata Semangat Buat Shila Amzah
Kata Sharnaaz, harga mainan Minion berharga RM550 dan dengan nilai tersebut boleh beli dua buah basikal untuk kanak-kanak. Dalam pada itu, Sharnaaz turut meminta syarikat berkenaan untuk membalas mesejnya.
“Nak meniaga boleh, tapi jangan sembelih orang hidup-hidup!” Apa ke binatang Minion pekak letak bateri 6 biji kat kaki hang sembelih orang RM550. Boleh beli basikal budak 2 bijik woi,” tulisnya.
Mahal sungguh harga mainan berkenaan. Tapi sekarang harga barang naik banyak termasuklah harga makanan. Apa pendapat anda tentang isu ini?