Beberapa bulan lalu hangat diperkatakan apabila nama pelakon Fauzi Nawawi terpalit dengan kontroversi pendedahan lawak rogol dalam sebuah program.

Susulan kontroversi tersebut, pelakon itu tidak lagi diterima di sebuah stesen televisyen (TV). Fauzi berkata dia mengakui terkilan kerana dimaklumkan namanya telah disenarai hitamkan.

BACA: Anak Fauzi Nawawi Mohon Netizen Henti Caci Maki Ahli Keluarga

“Sejujurnya saya rasa terkilan dan kecewa apabila nama saya banyak kali ditolak pihak stesen TV itu. Sebelum ini, tak pernah pun nama ditolak. Kalau sebab watak tak sesuai, saya faham. Tapi ini nama kena reject tanpa diberitahu apa kesalahan saya.

“Kalau betul pihak mereka nak banned saya, kenapa tak keluarkan kenyataan secara rasmi? Sekurang-kurangnya saya boleh buat keputusan untuk masa depan. Jika ada surat rasmi mengatakan nama saya disenarai hitam, boleh la saya rujuk KKMM atas dasar akta apa saya kena banned,” katanya.

Sementara itu, pelakon berusia 48 tahun itu memberitahu mengambil keputusan membawa diri ke Sabah untuk mencari peluang perniagaan demi menyara kehidupan ahli keluarganya.

“Saya tak nak bergantung rezeki kepada orang. Bukan bermaksud saya tarik diri daripada bidang lakonan tapi saya nak cuba cari peluang lain.

“Apabila nama saya asyik kena reject stesen TV, saya rasa sudah tiba masa saya bawa diri dan cuba bidang lain. Jadi, saya buka sebuah kedai di Sabah.

“Buat masa ini, saya berulang-alik. Insya-Allah saya percaya pada rezeki. Saya kena buat kerja lain sebab ada keluarga dan anak-anak masih bersekolah,” katanya.

×