Namanya menjadi bualan ramai selepas menyertai Gegar Vaganza musim ke-8, malah nyayiannya turut mendapat pujian, namun ia bukan tiket untuk penyanyi Aliff Aziz hanyut dengan pujian.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aliff memberi peringatan pada diri agar tidak terleka dengan duniawi kerana dia bukan siapa-siapa tanpa Allah.
BACA: Markah Tertinggi Lagi Di GV8, Netizen Kata Aliff Aziz Bakal Juara
“Tanpa henti menitipkan peringatan untuk diri sendiri. Tanpa Allah SWT, saya bukan siapa-siapa. LailahaillAllah,” tulisnya.
Sudah dua minggu mendapat markah tertinggi di GV8, nama Aliff Aziz disebut-sebut bakal ke pentas akhir dan menjadi juara program tersebut jika persembahannya terus meningkat.
Terdahulu, nama Aliff sering terpalit dengan isu panas termasuk curang dan kemelut rumah tangganya. Bagaimanapun, Aliff kini semakin mendekatkan diri dengan agama apabila menyertai aktiviti tabligh.