Siapa jer yang tak nak berjaya dalam hidup? Walaupun kita semua dilahirkan dengan minat, kebolehan dan dari latar belakang yang berbeza, tapi menggapai kejayaan dalam kehidupan merupakan persamaan kita.

Tapi itulah, kita ni masing-masing mempunyai corak hidup yang berbeza. Ada di antara kita ini mempunyai jalan kehidupan yang berliku dan mempunyai onak duri hingga membuatkan kebolehan sesetengah dari kita terbatas dan perjalanan terkandas di tengah jalan.

Peluang melanjutkan dan pembiayaan pendidikan juga kebiasaannya kalau kita tengok hanya ditawarkan kepada mereka yang memperoleh keputusan cemerlang atau yang mempunyai kewangan yang stabil jer. Hmm, sedih pula bagi orang yang kurang berkemampuan kan?

Tapi, jangan risau, ada yang sudi membantu! Haaa, kalau anda nak tahu, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) bukan sahaja membiaya golongan berkeputusan cemerlang tetapi juga golongan kurang cemerlang dalam pelbagai bidang. Wah, bagusnya!

Dan sehingga kini, Yayasan Peneraju telah membiayai lebih daripada 40,000 individu menerusi lebih 350 program-program akademik, pensijilan TVET, profesional, teknologi dan spesialis di seluruh Malaysia. Pergh, power weh!

Tawar Pelbagai Pembiayaan Pendidikan

Kami bukan saja-saja nak bebel kosong pasal ni tau, ini ha kalau anda nak jadi seorang yang ‘disayangi’ kat tempat kerja anda nanti, Yayasan Peneraju antara yang boleh tawar pelbagai pembiayaan pendidikan untuk Bumiputera dan bantu untuk asah kebolehan anda.

“Siapa Yayasan Peneraju ni?” Dah tahu dah, soalan macam ni mesti keluar dari mulut anda kan. Ko sabar jap. Sini kami nak terangkan.

Info Tentang Yayasan Peneraju

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera atau nama singkatannya Yayasan Peneraju ini merupakan sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) bertujuan mentransformasi modal insan menjadi lebih berdaya saing.

Apa yang paling padu, Yayasan Peneraju juga akan sentiasa memastikan program-program dan bidang-bidang yang ditawarkan adalah relevan mengikut trend pasaran pekerjaan masa kini agar para penerima faedah lebih future ready dan future proof bagi mendepani cabaran global.

Jadi, selepas ini tak adalah anda jadi macam katak di bawah tempurung bila kerja nanti. Haaa, amacam? Membantu kan Yayasan Peneraju ini?

Lahirkan Bumiputera Berkualiti

Yang powernya, dah lah Yayasan Peneraju tawarkan banyak program (kan dah cakap lebih 350!), lepas tu ada pulak program-program jangka pendek, jangka panjang, full-time dan part-time! So, anda boleh lah tengok program pembiayaan mana yang sesuai dengan minat dan kelayakan anda masing-masing.

Selain daripada membiaya anda untuk pengajian, Yayasan Peneraju juga menerapkan elemen ‘Pemupukan & Pembangunan (Nurture & Development)’ dalam program mereka supaya dapat melahirkan penerima faedah yang ‘full package’.

Maksudnya lengkaplah dengan soft skills, hard skills dan segala skills lah! Confirm marketable dan employable gitu. Berebut-rebut majikan nak!

Kumpulan sasaran Yayasan Peneraju pula termasuk kumpulan B40, M40, luar bandar dan terpinggir di seluruh negara. Kesimpulannya semua pun boleh dari umur 18 tahun sehingga 45 tahun. Tapi of course la lain program lain syaratnya, so rajin-rajinkanlah diri tengok website Yayasan Peneraju ye.

Dalam dunia pasca COVID-19 ni, Yayasan Peneraju pun dah memperluaskan kumpulan sasaran termasuk untuk orang yang tidak bekerja atau hilang kerja.

Sentiasa Meneliti Peluang

Kalau anda nak tahu, program-program ini diwujudkan berpandukan statistik dan kajian industri oleh Jabatan Perangkaan Malaysia agar seiring dengan dasar-dasar negara.

Bukan itu jer, Yayasan Peneraju turut bekerjasama dengan pemain industri, penyedia latihan dan pihak berkepentingan yang lain untuk mendapat pandangan dan panduan.

Dan hasil daripada itu, program-program yang ditawarkan mempunyai permintaan tinggi oleh industri sekaligus meningkatkan faktor kebolehpasaran para penerima faedah yakni anda la tu.

Realisasi Aspirasi Lebih 40,000 Penerima Faedah

Sooooo, lepas baca tulisan hakak ni, anda ada rasa eksaited tak untuk teruskan pengajian anda? Akak pun eksaited nak apply. Online jer, so mudahlah.

Macam-macam program ada; Data Scientist, Cyber Security, Welding Inspector, Chartered Bankers, Internal Auditor, Shariah Advisor/Practitioner, Professional Accountants dan banyak lagi wei!

Jom la tengok website Yayasan Peneraju kat www.yayasanpeneraju.com.my dan ikuti media sosial mereka di Facebook, Instagram, Twitter dan LinkedIn. Semoga bermanfaat!

×