Walau Tak Ada Maid, Mila Jirin Syukur Allah Mudahkan Urusan

Nampaknya usahawan selebriti Mila Jirin semakin sibuk menguruskan perniagaannya selepas sekian lama terhenti disebabkan pandemik Covid-19.

Meskipun sibuk menguruskan perniagaan dan keluarga, bagaimanapun Mila meluahkan rasa syukur Allah permudahkan segala urusan.

BACA: Lama Tiada Job, Mila Jirin Tak Puas Hati KJ Belum Sedia Buka Majlis Sosial

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Mila berkata dia tidak mengambil orang gaji meskipun sangat sibuk namun percaya Allah akan memudahkan urusannya.

“Alhamdulillah walaupun tak ada maid… Allah tetap mudahkan urusan. Walaupun memang tersangat sibuk. Tak sempat dah nak mengelamun. Kerja rumah, jaga anak, lari uruskan hal perniagaan. Back home office work. Insya Allah…. Jika Allah mudahkan tiada sesiapa dapat menghalang,” tulisnya.

Dalam pada itu, Mila turut memohon maaf jika kurang aktif di media sosial kerana sibuk dan tidak cukup tangan apatah lagi perlu menguruskan enam syarikat.

×