Takziah buat pelawak Ali Puteh di atas pemergian ibu tercinta, Sabariah Arshad yang dilaporkan meninggal dunia jam 11.54 malam tadi.
Memetik portal Astro Gempak, Allahyarham Sabariah menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang.
BACA: Kes Saman Nor Hidayah Bermula, Ali Puteh Sedia Pertahan Maruah Keluarga
Wakil keluarga Ali Puteh memaklumkan Allahyarham dimasukkan ke zon kritikal pada Selalu lalu kerana serangan asma.
Difahamkan, Allahyarham juga telah ditidurkan dan menggunakan alat bantuan pernafasan. Pada Disember tahun lalu, Allahyarham pernah dimasukkan ke hospital kerana penyakit tersebut.
Ali dan adik lelakinya dikatakan telah ke hospital untuk urusan membawa pulang jenazah ke rumah manakala isteri dan kakaknya tinggal di rumah bagi menguruskan yang sepatutnya.