Pendakwah bebas, Imam Muda Asyraf menyifatkan pemergian penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, 36, akibat COVID-19 sebagai syahid akhirat.
Menurut Asyraf lagi, arwah Siti Sarah yang meninggal dunia selepas melahirkan anak membolehkan penyanyi itu tergolong dalam syahid ketiga, iaitu syahid akhirat.
BACA: Sempat Buat Panggilan Video Terakhir, Air Mata Sarah Mengalir Ketika Nazak
“Syahid terbahagi kepada tiga peringkat iaitu syahid dunia dan akhirat, syahid dunia serta syahid akhirat.
“Syahid akhirat apabila kematian disebabkan melahirkan anak, terbakar, wabak seperti taun serta COVID-19, lemas dan sebagainya.
“Dalam kes Siti Sarah, Allahyarhamah meninggal dunia disebabkan virus COVID-19 dan baru melahirkan anak. Maka, kita boleh kata Allahyarhamah tergolong dalam syahid akhirat,” katanya.
Kata Asyraf lagi, individu yang tergolong dalam syahid akhirat akan diberi ganjaran dan kemuliaan Allah SWT di akhirat.
“Jenazah mereka diuruskan seperti biasa. Cuma diberikan kemuliaan khusus di akhirat nanti. Jadi, marilah kita sama-sama mendoakan semoga Allahyarham tergolong dalam syahid akhirat,” katanya.