Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks, dalam serbuan di sebuah hotel di Kuala Pilah, Ahad lalu.
Mengakui turut dihujanji pertanyaan mengenai identiti pelawak yang disiasat itu, pelakon dan pelawak Zizan Razak berkata ramai yang menghantar mesej kepadanya di Instagram.
BACA: Pelawak Terkenal Rupanya Penghantar Pekerja Seks?
“Ada yang mesej saya secara peribadi tanya siapa (pelawak) yang terlibat, tetapi saya memang tidak tahu.
“Saya pun terkejut dengan apa yang dilaporkan dan malam baru saya semak mesej serta Google berkenaan isu tersebut. Saya pun tanya orang dan orang lain pula tanya pada saya,” katanya.
Dalam pada itu, Zizan berkata jika dia mengetahui identiti pelawak yang terlibat, dia memilih untuk menutup mulut demi menjaga aib individu berkenaan.
“Pada saya, kalau saya tahu pun saya lebih memilih untuk menutup aib. Jadi, pada saya, sesiapa sahaja yang berada di tempat itu, pandai-pandailah selesaikan masalah itu. Saya harapkan yang baik-baiklah untuk rakan-rakan pelawak ini,” katanya.