Sejak permulaan fasa baharu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, anda perasan kan banyak aduan tentang peningkatan drastik mengenai bil air yang tinggi. Persoalan yang timbul sekarang ini, apakah puncanya?
Pernahkah anda terfikir bahawa masa anda mandi yang lama, paip air yang dibiarkan terbuka semasa menggosok gigi atau jumlah air yang digunakan untuk membasuh kereta dan menyiram tanaman mungkin menyumbang kepada peningkatan bil air bulanan?
Walau bagaimanapun, dalam beberapa insiden yang lain, bil air yang tinggi mungkin disebabkan oleh kebocoran paip air dalaman.
Jadi, penting untuk kita mendapatkan pencerahan dan penjelasan berkenaan bil air bulanan untuk mengelakkan kekeliruan daripada berterusan.
Mungkin ianya sesuatu yang mengejutkan apabila menerima bil air yang tinggi ini. Namun, jangan risau, semua masalah ada penyelesaiannya.
Memahami Bil Air Bulanan Anda
Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana bil air bulanan kita dikira?
Kalau anda nak tahu, pengiraan bil bulanan bagi setiap akaun anda dibuat berdasarkan bacaan meter yang diambil oleh pembaca meter di setiap premis anda.
Sebagai pelanggan, penting tau untuk anda tahu cara-cara membaca meter air. Untuk info anda, meter yang terdapat di premis menunjukkan jumlah penggunaan air anda yang dikira dalam unit meter padu.
Bagaimana cara untuk mengira bil air anda? Anda baca di imej bawah ini okay.
Peranan Anda Untuk Mengesan Penggunaan Air Tinggi
Bil air yang tinggi turut memberi kesan kepada mereka yang tinggal di kediaman yang dibina sebelum tahun 2000.
Mengapa begitu yer? Haa…kalau anda nak tahu, sistem perpaipan asal yang belum diganti akan menyebabkan anda berdepan dengan isu paip usang sehingga menjadi punca kebocoran paip dalaman.
Kebanyakan kediaman berdepan dengan masalah ini kerana bahan yang lebih kukuh dan tahan lasak untuk paip dalaman belum lagi dihasilkan pada waktu itu.
Tahukah anda bahawa sesebuah isi rumah boleh kehilangan sebanyak 20,000 gelen air (75,708 liter) setiap tahun sama ada melalui kebocoran langsung atau tidak langsung pada paip dan pancuran air. Dan lebih serius lagi pada paip air di siling dan di dalam dinding rumah anda.
Sekiranya tandas atau pili paip mengalami kebocoran, atau air mengalir secara berterusan, ia secara tidak langsung meningkatkan penggunaan air, sekaligus menyumbang kepada peningkatan bil air yang tinggi.
Bagi kebocoran paip air dalaman, anda perlu bertanggungjawab untuk menyenggara seperti yang telah dinyatakan di dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.
Apabila anda mengesan sebarang kebocoran air di dalam rumah, hubungi tukang paip bertauliah bagi membaiki kebocoran tersebut dengan segera.
Anda juga digalakkan untuk memeriksa paip air secara berkala kerana ia dapat menjimatkan perbelanjaan pembaikan yang tidak dijangka dan juga bil air yang tinggi pada masa akan datang.
Bagaimana caranya untuk memeriksa kebocoran paip air dalaman anda? Haa, kalau nak tahu rujuk imej dia bawah ni yer.
Cabaran Yang Dihadapi Air Selangor Sebagai Operator Air
Pengiraan bil air bulanan bagi setiap akaun anda dibuat berdasarkan bacaan sebenar yang diambil oleh pembaca meter di premis anda. Namun, terdapat situasi di mana meter terhalang atau berada di dalam premis anda sehingga tidak boleh diakses secara terus.
Melihat kepada situasi ini, Air Selangor telah menjalankan program pengalihan meter, satu inisiatif yang dilaksanakan bagi memastikan meter air dapat diakses dengan mudah agar bacaan meter dapat diambil berdasarkan penggunaan air sebenar anda.
Setakat Julai 2021, sejumlah 3,657 (45.7%) daripada 7,227 meter air telah dialihkan. Menurut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, meter air di premis anda merupakan hak milik operator air. Pihak operator air berhak untuk menentukan posisi pemasangan meter bagi memudahkan operasi harian. Sekiranya meter berada di posisi yang sukar untuk diakses, operator air mungkin akan menukar atau mengalih posisi meter atau memasang meter baharu.
Kesalahan dalam pembacaan meter mungkin disebabkan oleh meter lama dan rosak. Oleh itu, penggantian meter lama dan rosak sangat penting dalam memastikan bacaan penggunaan air anda dapat direkodkan dengan tepat. Untuk itu, kos pengalihan atau penggantian meter air akan ditanggung sepenuhnya oleh Air Selangor.
Bagi anda yang masih mengalami masalah bil air tinggi setelah pertukaran meter air baharu oleh Air Selangor, sila kemukakan aduan anda dengan menghubungi 15300 atau hubungi Help Centre. Dengan berbuat demikian, Air Selangor boleh menyiasat kes-kes tersebut dengan kadar segera untuk mengelakkan masalah ini daripada berlarutan.
Langkah-langkah Untuk Mengekalkan Penggunaan Air Bulanan Yang Berpatutan
Sebagai seorang pelanggan, pastikan anda memantau sebarang peningkatan bil air bulanan kerana ini mungkin disebabkan oleh penggunaan air yang tidak terkawal.
Mungkin apabila ahli keluarga yang meluangkan lebih banyak masa di rumah semasa tempoh pandemik ini dan menggunakan lebih banyak air daripada jumlah purata 180 liter per kapita sehari seperti yang disasarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), trend penggunaan air anda mungkin meningkat.
Sebagai badan kawal selia industri perkhidmatan air negara, SPAN telah mencadangkan penggunaan air harian seperti berikut:
Ke Arah Masa Hadapan Lestari Bagi Industri Air
Di sebalik cabaran yang dihadapi, Air Selangor kekal komited dalam memastikan bekalan air bersih dan selamat dapat terus diagihkan kepada anda.
Sebagai operator air, Air Selangor sentiasa merancang dan meneroka pembinaan loji rawatan air baharu untuk terus memenuhi permintaan anda yang kian meningkat saban hari. Namun, pembangunan seperti ini memerlukan kos yang besar dan akan memberi kesan kepada alam sekitar pada jangka masa panjang.
Sebagai pengguna, kita haruslah memainkan peranan dalam menggunakan air secara berhemah untuk mengelakkan sebarang kejutan apabila menerima bil air bulanan di samping turut membantu operator air dalam melindungi sumber air kita.
Untuk sebarang info, anda boleh rujuk media sosial Air Selangor seperti berikut:
Facebook: LINK INI
Instagram: LINK INI
Twitter: LINK INI